Bahasa: EN | BM |

Jualan

Barang yang dipesan dalam talian melalui laman e-dagang TH IT tertakluk kepada dasar pengembalian wang berikut:

Pelanggan hendaklah memeriksa dengan segera setelah menerima produk yang dipesan dan melaporkan kepada TH IT jika terdapat sebarang kerosakan fizikal pada bungkusan atau parcel sebelum membuka.

Bukti kerosakan penghantaran hendaklah disokong dengan foto, jika terdapat kerosakan fizikal pada bungkusan sebelum dibuka, pelanggan hendaklah melaporkan dan mengembalikan bungkusan kepada TH IT hanya apabila kebenaran daripada TH IT diberikan.

Jika keadaan bungkusan kelihatan normal semasa penghantaran, pelanggan diberikan jaminan wang kembali dalam tempoh 7 hari untuk barang yang dipesan. Sebarang masalah fungsi atau fizikal hendaklah dilaporkan dengan segera kepada TH IT dan pengembalian wang atau pertukaran akan diatur selepas diluluskan oleh TH IT.

TH IT tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan, kerosakan fizikal, masalah fungsi yang berlaku kepada barang yang dipesan akibat tindakan pengendalian yang cuai, kecuaian, kerosakan akibat bencana alam, banjir atau kebakaran atau sebarang sebab lain yang bukan disebabkan oleh kesalahan TH IT.

  *Barang akan dihantar dalam tempoh 1 hingga 3 hari setelah pembayaran berjaya dibuat oleh pelanggan.